Wednesday, June 17, 2009

Selamat Hari Abah/Papa/Ayah/Daddy kepada semua kawan-kawan yang membaca blog ni.

Ini ada sedikit peringatan kepada semua isteri dan suami.W/pun statement ni macam ditujukan untuk suami-suami, tapi ada jugak statement untuk isteri yer. Baca dan pahamkan yer. Selamat membaca maklumat dari KPWKM.

Pembentukan sesebuah rumah tangga yang aman dan bahagia terhasil dari kombinasi suami isteri yang faham dengan jelas akan peranan dan tanggungjawab masing-masing. Suami diwajibkan berusaha mencari nafkah untuk menampung kehidupan keluarga, melindungi serta mempertahankan keluarganya.
Allah s.w.t. berfirman, maksudnya:
“Kaum lelaki itu adalah pemimpin dan pengawal yang bertanggung jawab terhadap kaum perempuan, kerana Allah telah melebihkan orang lelaki (daripada beberapa keistimewaan) atas orang-orang perempuan, dan juga kerana lelaki telah membelanja (memberi nafkah) sebahagian dari harta mereka”.
(Surah An-Nisa’:34)

Namun demikian, kebelakangan ini seringkali dilaporkan bahawa ramai suami yang alpa dan lupa akan tanggung jawab mereka. Mereka gagal untuk memimpin dan memelihara diri sendiri, apatah lagi untuk berfungsi sebagai peneraju utama dalam keluarga. Mereka gagal memahami firman Allah s.w.t. yang bermaksud:

“Wahai orang-orang yang beriman, hendaklah kamu pelihara dirimu dan keluargamu dari siksa api neraka, yang mana bahan pembakarnya adalah terdiri dari manusia-manusia yang sombong dan ingkar kepada Allah iaitu mereka yang kufur, munafik, musyrikin dan juga daripada batu-batu berhala…”
(Surah At-Tahrim: 6)

Tanggung jawab yang dipikul oleh suami sangat luas skopnya. Sekadar menyenaraikan beberapa tanggung jawab asas sebagai pedoman dan kayu ukur untuk bermuhasabah dan menyoal diri sendiri “Adakah saya telah melaksanakan tanggung jawab ini dengan sempurna?”. Antaranya:

1. Menjadi pemimpin keluarga.
Sebagai seorang suami, adakah kita telah memenuhi tanggung jawab mengajarkan isteri dan anak-anak tentang ilmu Tauhid seperti Rukun Islam, Rukun Iman dan sebagainya dengan sempurna? Bagaimana pula dengan ilmu Fiqh misalnya rukun sembahyang, puasa juga perkara-perkara yang diklasifikasikan sebagai halal, haram, sunat, makruh dan harus? Pernahkah kita menerangkan kepada isteri ataupun anak perempuan mengenai haid, nifas, wiladah serta cara menyucikannya?

Semua persoalan di atas sering dipandang remeh oleh suami yang merupakan ketua keluarga. Ada di antara kita yang cetek ilmu agamanya, malah lebih malang ada yang langsung tidak mengetahui akan skop ilmu yang dinyatakan di atas. Kurang mempersiapkan diri sebelum memasuki alam perkahwinan serta mengambil sambil lewa akan persoalan agama merupakan antara punca terjadinya perkara ini. Rasululullah s.a.w. bersabda, maksudnya: “Tidak mendapati akan Allah oleh seseorang dengan dosa yang lebih besar daripada dosa yang jahil akan segala isi rumahnya”.

Imam Al-Ghazali pernah menyatakan bahawa “sesuatu kebinasaan yang akan menimpa seseorang suami adalah akibat kegagalan melaksanakan hak kepada anak-anak dan isteri. Mereka ini terdiri daripada suami yang tidak berani menegur menunjuk ajar anak dan isteri sehingga sanggup membiarkan mereka melakukan perbuatan yang melanggar syariat”.

Terdapat banyak perkara yang melanggar syariat dilakukan oleh anak isteri tetapi suami tidak mampu untuk menegurnya atau sengaja membiarkannya. Antaranya seperti tidak bersembahyang, mengumpat, mendengar lagu-lagu yang mengkhayalkan, mendedahkan aurat, mengeluarkan kata-kata lucah dan seumpamanya.

Seterusnya, Imam Ghazali menyatakan lagi bahawa “kebinasaan yang terdapat bagi seseorang yang berumah tangga itu terlalu banyak, hingga tidak dapat diperkatakan satu persatu. Seseorang itu tidak dapat lari dari kebinasaan ini melainkan orang itu benar-benar mempunyai ilmu pengetahuan agama dan mempunyai hikmah serta kebijaksanaan dalam memimpin dan mendidik isteri seta anak-anak di dalam rumahtangga”.

2. Pemberian nafkah.
Seseorang suami wajib memberikan nafkah kepada isteri dan tanggungannya semenjak mula berlakunya akad nikah, sekalipun isterinya itu seorang yang kaya raya. Hak isteri tersebut untuk mendapatkan nafkah tidak akan berubah dan kewajipan itu tetap ke atas suami. Justeru, suami wajib berusaha mencari nafkah yang halal bagi menampung kehidupan keluarga.


Nafkah boleh diklasifikasikan kepada tiga (3) bahagian iaitu:
i. Nafkah kepada isteri iaitu meliputi nafkah zahir dan batin kepada isteri yang sah. Manakala bagi isteri yang telah diceraikan, masih berhak menerima nafkah zahir selama tempoh iddah talak raj’ie.

ii. Nafkah anak iaitu pemberian nafkah kepada anak yang sah taraf serta belum mencapai umur akhil baligh. Walau bagaimanapun, sekiranya anak tersebut sudah mencapai umur akhil baligh tetapi masih belum berupaya mencari rezeki, maka dia berhak menerima nafkah.

iii. Nafkah usul adalah nafkah yang diberikan oleh sebab pertalian darah. Misalnya, anak memberi nafkah kepada ibu bapa dengan syarat ibu bapa tersebut terlalu susah sehingga tidak mampu lagi untuk menyara hidup.


Kewajipan memberi nafkah ini juga dinyatakan dengan jelas dalam peruntukan Undang-Undang Keluarga Islam. Akta Undang-Undang Keluarga Islam (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1984 [Akta 303] misalnya telah memperuntukkan dengan jelas tentang hal pemberian nafkah dalam peruntukan Seksyen 59 hingga peruntukan Seksyen 71. Selain itu, Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam (Selangor) 2003 juga memperuntukkan hal pemberian nafkah di dalam peruntukan Seksyen 60 hingga peruntukan Seksyen 70. Demikianlah halnya dengan peruntukan Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam negeri-negeri lain di seluruh Malaysia yang turut memperihalkan tentang pemberian nafkah ini. Peruntukan-peruntukan ini dibuat untuk memastikan seseorang suami itu tidak lari dari tanggung jawabnya memberikan nafkah kepada isteri dan orang di bawah tanggungannya.

Wahai lelaki, suami dan bapa-bapa sekalian! Marilah kita renung ke dalam diri kita dan berfikir sejenak sejauh manakah kita telah melaksanakan kewajipan serta tanggung jawab kita terhadap keluarga. Kita telah diamanahkan oleh Allah s.w.t. untuk menjadi pemimpin dan pastinya Allah s.w.t. akan menyoal dan menilai apa yang telah kita laksanakan.

Pejamkan mata dan tanya diri sendiri; Cukupkah perbelanjaan harian yang kita bekalkan buat isteri dan anak-anak? Berapa kali kita memeluk dan mengucup anak-anak dalam sehari? Sudah cukupkah bekalan ilmu duniawi dan ukhrawi diajarkan kepada mereka? Paling utama, tanyalah pada diri sendiri; Adakah aku ini bapa yang bertanggung jawab?

Bersesuaian dengan sambutan hari bapa, marilah kita sama-sama berazam untuk melaksanakan kewajipan kita sebagai pemimpin keluarga dengan sebaik mungkin selaras dengan hasrat kerajaan untuk melahirkan generasi yang cemerlang, gemilang dan terbilang.
Selamat Hari Bapa.

Wednesday, May 20, 2009

My Friends,

Head down to the "Warehouse Sale".

Corelle/CorningWare/Visions/Pyrex Warehouse Sale
From Friday, 22nd May 2009 - Sunday, 24th May 2009
Check out the Corelle/CorningWare/Visions/Pyrex Warehouse Sale at The Atria Shopping Centre, Level 2, Block A from 10am till 7pm.

KL Sogo Warehouse Clearance Sale
From Thursday, 21st May 2009 - Sunday, 24th May 2009
Don't miss the KL Sogo Warehouse Clearance Sale at the Multi Purpose Hall, Foyer, Walkway & Waterfall Void Area, 7th Floor from 10.00am till 9.30pm.
Enjoy discounts up to 70% on fashion wear, leathergoods, childrenswear, home furnishing items and many more.
Exclusively for S CARD, Maybankard, Diners Club, Bank Islam cardmembers only.

Poney Warehouse Sale
From Thursday, 28th May 2009 - Monday, 1st Jun 2009
Catch the Poney Warehouse Sale at South City Plaza from 10.30am till 9.00pm.
Prices start from RM5.
Participating brands:
- Poney
- Baby Poney
- Renew

Call 03-8943 8380 for enquiries.

Memang menantikan Poney Warehouse Sale. Shah Alam ari tuh, x sempat pegi. Jadi, tunggu next week!!!

Marilah kawan-kawan, beli untuk raya...

Wednesday, May 06, 2009

Salam,

Ayousha.com tag saya untuk menjawab soklan soklan di bawah. Please find the answer as below ya Ayu:-


1. Was your first pregnancy planned?
No.

2. What was your second choice name for your site gender name?
Nama anak Ardini Damia Junaidy
Alamak . Tak ingat ler..tapi ramai yg suggest Junaidah Junaidy. sabo je ler.

3. What were your reactions?
Gembira yang teramat sangat.

4. How old were you?
25 yr

5. How did you find out you were pregnant?
Sungguh tragis. Demam 2 weeks, bila urine test -ve. Last sekali pergi specialist, baru ler tau, pregnant rupanya.

6. Who did you tell first?
Of course la Junaidy Jusoh, sebab dia g sekali.

7. Did you want to find out the sex?
Ya....Dr Ashar Abdullah yang excited nak kasitau.Kita tak tanya pun, tetiba jer dia cakap nampak ******

8. Due date?
8 Nov 2001

9. Did you have morning sickness?
Yes, asyik nak makan kuah tomyam bawah pokok kat Sri Petaling jer.

10. What did you crave?
Takde lah plak

11. What was your first child's sex?
Girl

12. How many pounds did you gain throughout the pregnacy?
B4 preggy 48, nak bersalin tuh 64kg. Naik dlm 16kg.

13. Did you have any complications during your pregnancy?
Alhamdulillah tiada..

14. Where did you give birth?
Ampang Puteri, Gynae Dr Ashar Abdullah, Paed, Arwah Dr Haliza Shafie

15. How many hours were you in labor?
From 4a.m to 9.45pm. Dari azan Suboh hingga ke azan Isyak.

16. Who drove you to the hospital?
Of course my husband

17. Who watched you giving birth?
Doctor, nurse and my husband

18. Was it natural or c-section?
Normal

19. Did you take medicine to ease the pain?
Yes.

20. How much did your child weigh?
3.83kg

21.When was your child actually born?
10 Nov 2001

22. What did you name him/her?
Ardini Damia

23. How old is your first born today?
7 years 5 month

24. Would you do it again?
Alhamdulillah, dah ada 3 org.

Ok Ayousha, ada apa2 lagi ke?heheheh

Monday, February 16, 2009

Assalamua'laikum

Hari ini adalah hari yang membosankan.Bosan dan bosan dan bosan dan bosey. Ada manusia yang akan menghumbankan dirinya jatuh tergolek di atas jalan raya.Hahhahaha.

Disebabkan tengah bosan ni, jadinya saya nak update pasal makan-makannnnnn.

Ini adalah tempat pilihan makan-makan ku bersama my i love u darling Junaidy.

Tempat-tempat pilihan ku:-

1. Dol Tomyam @ Kg Sikamat Kajang-siakap steam dia jer yg best
2. Marsche Restaurant @The Curve, i like sayur campur dier la$ Salmon.Nyam nyam
3. Chilli's @ KLCC - i like side dishes rib eye steak
4. Sri Penang @ Ikano - i like nasi goreng tomyam
5. Seoul Garden Restaurant @ OU. Ini je steamboat yg saya suke.
6. Tomy Rama @ The Garden / SP
7. Chicken Rice Shop
8. Kenny Rogers
9. The Theobroma Chocolate Lounge-nyam nyamm...strawberry cecah coklat..romantik gitu
10. Tenpayakki. Paling best kat Jusco Equine/Cheras Selatan. @ Ikano/TheMall dah tak cedapppppp..Tak best langsung.
11. Hahahha.Last skali...TGI Friday. Tak bestla. Side Dishes dia kureng menarik.

Sekian sahaja. Nanti kalau ada lagi tempat makanan yang best, boleh i update. Sesiapa yang pernah pergi Village View @ Kajang yang tempatnya sangat cantik dan besar, hati-hati yer. Harganye mahal tapi tak sedap. Masak kat rumah lagi 10 kali sedap.

Wednesday, January 21, 2009



Antara aksi-aksi menarik pada hari kenduri Kesyukuran Muhammad Tariq Ziyad, merangkap birthday Ardini Damia(7) dan juga Qayyim Rifqi (3). Terima kasih kepada semua yang hadir di rumah baru ku ini dan kepada kawan-kawan yang tak sempat nak jemput dan juga terlupa nak jemput, minta maaf banyak-banyak.

Tuesday, January 20, 2009

Salam bahagia, salam sejahtera.

Everyday, we'll see in the tv/paper kekejaman tentera Israel ke atas penduduk Gaza. Ramai penduduk Gaza kehilangan tempat teduh dan kehilangan makanan. Marilah kita sama-sama mendoakan semoga semua kekejaman ini akan berakhir.

I've received many email,sms on the need to boycott Israel product bcoz katanya McDonald, KFP akan donate their earning to Israel. Tapi bila difikirkan balik, kita maybe overlook the fact that many businesses are franchised and owned locally. I dont think malaysia people yg buat business here will donate their earning. I dun know, dan masih berfikir, tapi dalam masa berfikir tu, bila nak makan Mcd/Kfc akan fikir balik apa yg telah dilakukan especially kepada children, infant. Kesianya, sedih. Kalau kita makan, Israel will continue to fire rockets, Palestine will be attacked again, Salah kita juga!! ish ish. Where is the wisdom?

---ija

Friday, January 09, 2009



Inilah kesemua anak, menantu dan cucu Allahyarham Abdullah bin Saad dan Allahyarhamah Juiah Maarof yang sama-sama bercuti di Legend Cherating Resort.

Aksi-aksi over di pool dan di pantai.
9 Jan 2009. 7:29PM

Salam semua. Baru lah berkesempatan menulis blog hari ini di rumah, itupun sebab my hero Qayyim tertido dengan nyenyak. Kalau tidak, jangan harap dapat nak pegang notebook ni. Kepada parent yang masih melayani kerenah anak darjah 1, selamat bersabar ye. Memang mencabar kesabaran kalau anak yang jenis merengek-rengek. Tapi nak buat macamana, semua orang akan mengalaminya. Masih kecil di ajar bertatih, dah besar nak ajar pegi sekolah, kerja sekolah, mengaji.

Damia takde masalah tahun ni, cuma dia dapat Cikgu Ismail. Hahahhaha. Cikgu yang digeruni oleh semua pelajar SK Jalan 3 Bangi. Tapi bila dah seminggu sekolah ni, ada jugak nampak perubahan my anak dara. Baju tak kotor, kasut tak kotor, kuku di jaga supaya tak panjang, KALAU TAK....di akan di denda oleh Cikgu Ismail.Biar dia rasa. Tahun lepas masa darjah satu, baju kurungnya, YA ampunnnn..ayam kari pun boleh letak dalam poket sebab tak sempat nak makan. Jadinya dia makan sambil berjalan ke kelas. Ada kaaa???

Ini ada sikit gambar masa bercuti di Cherating yang tak sempat nak upload sebelum ni.